24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Wirawati Parti Warisan siap siaga hadapi PRN Sabah

Cenderahati….Rozman menyampaikan cendera kepada Munirah selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Warisan Bahagian Labuan.



LABUAN: Jentera Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) sudah siap siaga dalam menghadapi PRN Sabah ke 17 yang akan diadakan pada bila bila masa.


Ketua Wirawati Parti Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, pihaknya sudah bersiap sedia mengerakkan jenteranya di setiap daerah mengundi bagi memastikan semua calon parti Warisan yang bertanding mendapat mandat rakyat.


“Kita telah menerima pelbagai bayangan yang kemungkinan PRN Sabah kali ke 17 akan diadakan bila bila masa… ada juga yang kata hingga tempoh matang Oktober tahun depan….Apa pun jentera parti Warisan termasuk jentera Wirawati telahpun bersiap sedia untuk menghadapi PRN ” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Warisan Bahagian Labuan di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli.


Persidangan yang diadakan di kediaman Datuk Rozman di Jalan Tenaga turut dihari oleh pempimpin tertinggi parti dan para perwakilan parti Warisan Bahagian Labuan.


Terdahulu ketika berucap, Innaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata PRN kali ini adalah amat penting bagi memilih sebuah kerajaan yang berani dan komited membangunkan Sabah.


“Kita bukan sahaja perlu mempunyai sebuah kerajaan yang dinamik dan stabil tetapi juga seorang pemimpin yang mempunyai keberanian dan misi yang hebat dalam membangunkan negeri Sabah seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin Sarawak” katanya.


Sementara itu, parti Warisan Bahagian Labuan yang tidak terlibat secara langsung dalam PRN Sabah, akan turun ke beberapa kawasan untuk membantu kempen bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon Parti Warisan.


Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan, Datuk Rozman Isli berkata jentera parti Warisan Bahagian Labuan sedia membantu kempen untuk calon parti Warisan pada PRN itu nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN