ADVERTISEMENTspot_img

Labuan lokasi strategik hab tuna negara- Dr Abdul Salim

Pengunjung Roaf To MAHA ketika mengunjungi Booth LKIM yang mempamerkan ikan tuna.

LABUAN Wilayah Persekutuan Labuan berpotensi sebagai hab industri tuna negara berdasarkan kedudukannya yang strategik berhampiran kawasan penangkapan ikan itu di Laut China Selatan dan Laut Sulu-Sulawesi.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Dr. Abdul Salim Tajudin berkata, pihaknya yakin potensi itu mampu merancakkan pembangunan industri perikanan, sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.

Ketika ini, terdapat 33 bot tuna milik 15 nelayan di Labuan dengan hasil tangkapan didaratkan di Kompleks LKIM Kiamsam.

Beliau berkata, sejak tahun lalu, pendaratan tuna di Kompleks LKIM Kiamsam menunjukkan perkembangan yang positif dan menjadi pemangkin kepada pembangunan industri berkenaan di Labuan.

“Sehingga Julai tahun ini LKIM telah berhasil mendaratkan tuna hampir 45 tan metrik.”, katamya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program ‘Road To MAHA Labuan 2026’ di perkarangan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan baru baru ini.

“Hala tuju LKIM adalah membangunkan ekosistem industri tuna dan bukan hanya tertumpu kepada aktiviti pendaratan ikan.

“Kita mahu mewujudkan rantaian nilai yang lengkap bermula daripada pendaratan hasil, penyimpanan sejuk, logistik, pemprosesan, pemasaran hingga ke pasaran eksport, ” katanya.

Dalam pada itu, LKIM akan terus memperkukuh infrastruktur, memperluaskan penggunaan teknologi moden serta meningkatkan kapasiti nelayan tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN