27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wanita 51 Tahun Didakwa Gali Terowong Sedalam 10 Kaki Untuk Lepaskan Anaknya Dari Penjara

SEORANG ibu yang cuba menggali terowong secara sendirian menuju ke sebuah penjara di Ukraine untuk membebaskan anaknya kini bakal berhadapan dengan hukuman penjara, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 51 tahun itu dikatakan telah menyewa sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan penjara dimana tempat anaknya sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup itu.

Menurut Daily Mail, anaknya itu dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan membunuh.

Difahamkan, dia hanya menggunakan penyodok serta beliung sahaja untuk menggali terowong yang berkedalaman 10 kaki di sebuah ladang berdekatan yang menuju ke bawah tembok penjara berkenaan, tambah laporan itu.

Menurut Daily Mail, wanita itu hanya menggali pada waktu malam kerana tidak mahu menarik perhatian orang sekeliling, dia juga turut menggunakan skuter elektrik untuk ke lokasi penggalian terbabit bagi mengelakkan bunyi bising.

Seorang warden penjara menyatakan: “Dia memiliki sejenis peralatan yang seakan troli, sepotong papan lapis dengan roda kecil, untuk membolehkannya mengalihkan tanah yang digalinya.”

Tanah tersebut dikatakan dibuang berhampiran sebuah garaj yang tidak digunakan, yang berhampiran dengan lokasi penggalian.

Wanita itu telah berjaya menggali kira-kira tiga tan tanah pada saat dia dicekup dan ditahan, tiga minggu kemudian sejak ia mula-mula memulakan operasinya itu.

Ketika di siang hari, wanita itu tidak pernah keluar dari rumahnya kerana tidak mahu orang sekeliling mengetahui bahawa ada orang luar yang tinggal di kawasan mereka.

Ketika stesen TV Ukraine TSN menunjukkan gambarnya kepada peniaga berdekatan, mereka tidak dapat memberikan apa-apa jawapan kerana tidak pernah mengenalinya mahupun terserempak dengannya.

Seorang penduduk tempatan bernama Serhey Pilnyansky berkata: “Wanita ini telah membuat persediaan rapi. “Berkemungkinan dia adalah anak kepada seorang pelombong.

“Amat sukar untuk menggali sedalam tiga meter. Dia juga tidak menggunakan alat menggali yang moden atau sebagainya,” ujarnya.

Tiada maklumat lanjut berkenaan identiti anaknya yang berasal dari Mykolaiv itu.
Semasa pihak berkuasa melakukan penggeledahan di rumah sewanya, mereka telah menemui beberapa alatan untuk menggali.

Walau bagaiamanapun, wanita itu turut mendapat pujian daripada warga Ukraine.
“Inilah sifat ibu yang sebenar – dia tidak pernah meninggalkan anaknya,” kata seorang pengulas. Sumber: Daily mail

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN