RINGANKAN BEBAN…Ag Kassim ( dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pg Othman sambil diperhatikan oleh Mohd Amin, Ismail, Alihussin dan Sidek.
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) meneruskan program kebajikan dengan menghulurkan bantuan kepada anak ahli yang ditimpa musibah.
Petang kelmarin PAPIM yang diketuai oleh Naib Pengerusinya, Haji Awang Kassim Haji Ismail melakukan ziarah kepada bekas Timbalan Pengerusi persatuan itu, Haji Pengiran Othman Pg Gamok apabila anak beliau terlibat dalam kemalangan.
“Kita doakan anakda beliau Awangku Ibrahim selamat menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizebath 1,” kata Awang Kassim ketika menyampaikan sedikit sumbangan dari PAPIM di kediaman Haji Pg Othman di Taman Friendship Putatan.
Beliau berkata sumbangan kebajikan ini adalah sebahagian aktiviti persatuan itu sejak enam tahun lalu.
Awang Kassim berkata memang menjadi matlmat persatuan untuk ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli, anak ahli, ibu bapa ahli yang ditimpa musibah.
“Selain menggunakan dana persatuan, kita juga sering membuat kutipan kepada ahli apabila berlakunya kematian, kebakaran dan musibah lain,” tambahny.
Turut serta dalam ziarah itu, Setiausaha Agung, Alihussin Hj Matnor, Bendahari Agung, Haji Ismail Haji Baniamin, Ketua Penerangan, Haji Mohd Amin Haji Muin dan AJK Mat Tali@ Sidek Ag Kassim.



