Madius (lima kiri) menerima borang keahlian baharu UPKO sambil disaksikan Wences (enam kiri) dan Nelson (empat kiri)
KUALA PENYU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kawasan Kuala Penyu terus bersinar di bawah Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Nelson W Angang.
Kelmarin, satu cawangan baru iaitu Cawangan Kiaru Bawah, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenambak telah ditubuhkan dengan menyaksikan sebanyak 37 penyerahan borang keahlian bertempat di pejabat UPKO di sini.
Madius (kiri) dan Nelson (kanan) mengambil gambar kenangan di hadapan pejabat UPKO Beaufort.
Penyerahan borang diterima Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dengan disaksikan Pengerusi Majlis Penasihat UPKO, Tan Sri Wences Angang.
Nelson yang juga Setiausaha Agung UPKO ketika ditemui kemudiannya memaklumkan bahawa UPKO di Beaufort termasuk Kuala Penyu sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan pada 26 September depan.
“Kita di sini telah sepakat bersama rakan-rakan kerjasama lain dari parti Warisan, PKR dan Amanah untuk memberi sokongan kepada sesiapa sahaja parti atau calon yang dipilih untuk bertanding.
“Bagi kita, rakyat itu menjadi keutamaan dan kita akan berganding bahu untuk mempertahankan mandat rakyat yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.