30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO BEAUFORT MENYOKONG PELANTIKAN BUNG SEBAGAI PENGARAH PNS

Haji Mohd Fadzlee Abdullah Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

BEAUFORT: UMNO bahagian Beaufort menzahirkan sokongan padu kepada Dato’ Sri Bung Moktar sebagai Pengerusi BN dan Pengarah Pilihan raya Negeri (PRN).

Ketuanya Haji Mohd Fadzlee Abdullah(gambar) berkata pemilihan Bung adalah tepat berdasarkan komiten serta kesungguhan beliau memulihkan UMNO Sabah yang hampir tidak bermayah sebelum ini, ekoran tindakan beberapa pemimpin UMNO bahagian yang meninggalkan parti tersebut selepas PRU ke 14 yang lalu.

Katanya selain komitmen,Bung juga berpengalaman untuk mengemudi UMNO dan Sabah khususnya dalam menghadapi PRN .

” Benar kita diberikan kuasa autonomi ,namun dalam pemilihan ini kita perlu menghormati keputusan Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO yang mempunyai asas serta keteria tertentu memilih Bung sebagai Pengerusi ” katanya ketika ditemui di sini.

Ketika diajukan tindakan 12 orang yang diketuai oleh Ketua Umno bahagian Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai tindakan mereka memprotes pelantikan Bung sebagai pengarah PRN,Mohd Fadzlee berkata tindakan tersebut seharusnya tidak berlaku apalagi mendedahkan kepada media yang boleh mengundang pelbagai persepsi negetif kepada ahli parti dan rakyat dan akan menjadi senjata utama parti lawan.

” Sebagai pemimpin kita perlu berlapang dada dan istiqamah dalam perjuangan ,musuh kita adalah parti lawan jika kita berpecah dalam satu pasukan bagaimana kita mampu mencapai kejayaan untuk menumpaskan parti lawan?” Katanya.

Menurut Mohd Fadzlee jika timbul sebarang kecelaruan seharusnya diselesaikan di meja rundingan tertutup tanpa mendedahkan kelemahan di media terutamanya kepada parti lawan.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort juga melahirkan kebimbangan langkah kumpulan ini lebih mendorong kepada perpecahan dalam parti.

Ketuanya Mohd Fadzli Misdeh(gambar) berkata perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku ketika parti menghadapi PRN.

” Misi kita adalah melawan parti lawan dan membentuk kerajaan baharu, justeru kita perlu bergerak dalam satu pasukan dengan mengutamakan perjuangan parti bukanya kepentingan peribadi” jelas Mohd Fadzli

Menurut beliau Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar bersama pemimpin yang setia dalam perjuangan telah berusaha membina semula kekuatan UMNO di negeri ini hasil dari budaya kerja berpasukan dan ini telah dibuktikan dengan kejayaan BN /UMNO Memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kimanis baru baru ini.

” Kami sebagai pemimpin muda diberikan keyakinan untuk terus berjuang berhabis habisan dengan suntikan semangat dari mereka sebagai pemimpin yang lebih dewasa dan matang sebagai ikon perjuangan kami untuk menyatu padukan ahli di peringkat akar umbi namun dengan tindakan seperti ini ,kami kecewa kerana mereka memeberikan teladan yang negetif untuk melahirkan ahli parti yang bersatu padu dan harmoni” Tambah Mohd Fadzli

Sehubungan dengan itu Mohd Fadzli meminta agar isu seperti ini dibincangkan secara bermasyuarah tanpa mendedahkanya kepada umum yang sudah tentu menjadi bahan parti lawan untuk memperlekehkan pejuangan UMNO di negeri ini..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN