27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

TUBUH RCI SIASAT PENDEDAHAN JABAR KHAN – UPKO

Madius ketika menyampaikan amanat pada majlis perjumpaan bersama jentera pilihanraya Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor.

KENINGAU – Satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan yang bekas tahanan ISA, Jabar Khan Napi berhubung skandal pemberian kad pengenalan di Sabah.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, pendedahan itu perlu disiasat bagi menjawab segala persoalan apatah lagi ia melibatkan salah laku yang memberi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Madius menerima 406 borang kemasukan
ahli baharu UPKO

“Dalam pendengaran awam di bawah jawatankuasa pendengaran khas parlimen sebelum ini, Jabar mendakwa terdapat hampir 400,000 pendatang asing telah diberikan kerakyatan.

“Ia diberikan melalui penubuhan satu taskforce yang dipengerusikan oleh mantan pimpinan tertinggi negeri Sabah yang mana beliau (Jabar) sendiri merupakan setiausaha kepada jawatankuasa berkenaan.

“Setelah dikaji ‘handsad’ di parlimen, kita menggesa kerajaan persekutuan menubuhkan RCI tentang kebenaran kesemua dakwaan yang dibuat oleh Jabar Khan Napi ini,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis perjumpaan bersama jentera pilihanraya Dewan Undangan Negeri DUN Bingkor, Keningau, kelmarin.

UPKO Keningau sudah siap sedia.

Menurutnya, pendedahan terhadap masalah pendatang asing sudah sekian lama diajukan namun masih belum ada penyelesaian tuntas.

“Ini bukan baru, Dr Chong Eng Leong seorang aktivis yang banyak membuat kajian tentang masalah pendatang asing di negeri Sabah juga memperkatakan tentang perkara ini.

“Dan dalam pendengaran awam RCI yang lalu mengenai PATI di Sabah, Dr Chong Eng Leong dan Jabar Khan turut hadir menyatakan kebenaran ini.

“Biarlah terbongkar segala kebenarannya sebab dakwaan mereka itu terlalu berat bagi orang Sabah sebab dia mendakwa seramai 400,000 ribu orang asing yang telah diberikan kad pengenalan biru dan seterusnya disenaraikan didalam senarai pengundi,” tegas Madius.

Pada acara itu, Madius turut menerima sebanyak 406 borang kemasukan ahli baharu UPKO.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN