Suhaili
Oleh:Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman (gambar) menyokong usaha Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang telah membawa pelbagai program untuk merancakkan ekonomi Labuan.
Beliau berkata salah satu daripadanya ialah Program Borneo Flora Festival (BFF) yang akan diadakan pada hujung bulan Julai ini yang menyasarkan tidak kurang 50,000 pengunjung luar dan dalam akan hadir.
“Saya berterima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zalina Mustafa kerana telah membawa pelbagai program untuk merancakkan ekonomi Labuan sekaligus akan meningkatkan kuasa pembeli di Labuan” Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Persidangan Jenayah Kewangan di sini, pada Khamis.
Dalam waktu yang sama, beliau berharap pengunjung dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia yang akan hadir menyaksikan BFF mengambil peluang untuk melihat potensi perniagaan yang boleh dikongsi dan diterokai bersama.
Bagaimanapun Suhaili menzahirkan kerisauan dengan tahap harga barangan yang mahal berbanding dengan harga di Sabah, Sarawak dan semananjung.
Justeru itu beliau meminta kerajaan untuk bertindak secara holistik serta mencari pendekatan bagi menstabilkan harga barang yang begitu mahal.
Selain itu katanya kedudukan geografi Labuan sebuah pulau yang kecil dan terputus dengan tanah besar Sabsh serta keadaan infrastruktur yang masih jauh tertinggal adalah salah satu punca ekonomi Labuan sukar untuk di lonjakan.
Selain itu beliau sudah berusaha untuk melonjakkan ekonomi Labuan, namun kedudukan geografi Labuan yang terputus dengan tanah besar Sabah serta infrastruktur yang masih jauh tertinggal agak sukar untuk melonjakkan ekonomi Labusn



