Robert menyampaikan sumbangan kepada Jauhin (bapa adik May Chell).
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau menyalurkan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan di kawasannya.
Katanya, sumbangan diberikan dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan sama ada dalam bentuk kewangan dan material.
“Sejak saya menjadi wakil rakyat di kawasan ini (Bingkor)pelbagai bantuan dan sumbangan peribadi telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan termasuk memberi sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di Universiti dan pesakit yang memerlukan rawatan” katanya selepas menziarahi keluarga adik May Chell binti Jauhin.
Adik May Chell kini sedang terlantar sakit dan menjalani rawatan di Hospitol Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu.
Turut memberi sumbangan adalah staf UPPM N. 40 Bingkor.
Selain memberi sumbangan kewangan kepada adik May Chell wakil rakyat Bingkor itu akan memberi bantuan ksusulan kepada keluarga adik May Chell iaitu pemasangan set solar dan alat binaan plywood untuk membaiki dinding bahagian dalam rumah kediaman mereka sekeluarga yang kini menetap di tanah kebun persendirian.
Turut sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior, Pemaju Mukim Apin-Apin Zaki Zakaria, Kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Denis Joakim dan Pengerusi JPKK Kampung Riting Matius Jail.