27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

RESILIENCE ‘TABIK’ MENGHADAPI PANDEMIK COVID19

  • Oleh : Dr.Jurry Foo
    Pensyarah Kanan (Geografi) (Pengkhususan- Alam sekitar dan Pembangunan-Biogeografi Sosial), Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

RESILIENCE atau ketahanan adalah kunci kepada adaptasi terhadap bencana sosial yang dihadapi semasa pandemic COVID-19 yang telah melumpuhkan ekosistem fizikal dan sosial sejagat. Oleh yang demikian gaya hidup normal baharu perlu diadaptasi dalam kehidupan era ini termasuk (i) menjadikan isu dan masalah sebagai peluang (2) meningkatkan keupayaan diri (3) berdikari dan (4) pencari peluang. Tidak boleh tidak, keupayaan menyerap gangguan yang membawa kepada tekanan dan isu sosio-ekonomi adalah sesuatu keadaan yang perlu dicapai oleh semua ahli masyarakat demi kelangsungan hidup. Jadi kenapa harus tunggu pandemik tamat baharu bertindak?

TABIK (Taman Budaya dan Inovasi Kundasang) adalah inisiatif projek penyelidikan akar umbi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan komuniti (Kumpulan Suara Buluh Perindu Kundasang). Tindakan memanfaatkan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) untuk melakukan restorasi alam sekitar dan budaya oleh ahli komuniti ini membuahkan hasil positif apabila mampu mencipta ekosisitem kondusif dengan mengubah kawasan bekas pembuangan sampah sarap menjadi sebuah galeri dan tapak bakal taman botani komuniti Kundasang. Malah PKP memberikan peluang kepada kumpulan anak muda ini menyelenggara peralatan muzik bambu mereka dan melakukan lebih banyak latihan dan pengukuhan kendiri sebagai pejuang muzik tradisi Sabah serta sekaligus mengadaptasi normal baharu.

(i) Menjadikan isu dan masalah sebagai peluang. Kumpulan belia Suara Buluh Perindu yang diketuai oleh Saudara Khamarul Azman Kowasin atau lebih dikenali sebagai Payuki enggan untuk terus terbelenggu dengan PKP yang merehatkan sementara aktiviti pelancongan. Oleh itu mereka mengubah tanggapan dengan melihat masalah sebagai peluang terbaik melakukan restorasi dan penyelenggaraan galeri Mini Perindu.

(ii)  Meningkatkan keupayaan diri. Tempoh PKP digunakan oleh ahli buluh perindu untuk meningkatkan keupayaan diri, bukan sahaja dari segi bermain alat muzik bambu tetapi juga dari segi peningkatan kemahiran komunikasi dan persembahan sebagai persediaan untuk memberikan perlhidmatan muzik pada bila-bila masa. Selain daripada itu, keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan persembahab secara dalam talian juga mula dipelajari dan dikuasai dengan berjinak-jinak dengan pelbagai aplikasi digital kerana mereka sedar bahawa persembahan dalam talian merupakan corak perkhidmatan terbaharu mereka.

(iii) Berdikari. PKP membataskan pergaulan antara manusia. Oleh itu kumpulan Suara Buluh Perindu mempunyai lebih banyak ruang untuk berbincang sesame sendiri dan melihat semula misi dan visi mereka dalam memperjuangkan dan memulihara muzik warisan budaya mereka. Selain daripada itu, perbincangan tertutup juga mengurangkan pengaruh luar dalam pembentukan identiti dan dalam membuat keputusan. Kumpulan ini melalui projek TABIK yang dibimbing oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dibimbing dalam melakukan perancangan sendiri, menyusun strategi sendiri dan menentukan hala tuju jangka panjang sendiri.

(iv) Pencari peluang. Tekanan yang dihadapi semasa PKP bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani tetapi boleh diatasi melalui pemikiran yang positif dan usaha berterusan. Namun semua usaha ini memerlukan ketekalan diri. Kumpulan Suara Buluh Perindu mengambil peluang mempelbagaikan kebolehan dan jenis perkhidmatan agar dapat bertahan dengan matlamat perjuangan mereka.

Natijahnya, semua ahli masyarakat perlu mengubah persepsi dan dengan berjalan ke hadapan dan beradapatsi dengan normal baharu ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN