30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tema Kaamatan 2024 bertepatan dengan penyelesaian isu beras di Sabah: Abidin

Abidin (kedua kiri) dan lain-lain menunjukkan beras yang dipamerkan dalam program tersebut.


RANAU: Penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi menanangi isu beras yang dihadapi oleh Sabah adalah bertepatan dengan tema sambutan Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Kaamatan melangkaui keterjaminan makanan’.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, self sufficient makanan terutama sekali beras adalah satu topik yang dibincang bukan saja di Sabah tetapi di Malaysia secara amnya.


“Beras adalah tergolong dalam agenda food security dan masalahnya ialah kita terlalu bergantung dan mengimpot daripada negara-negara pengeluar.


“Sabah akan menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Sabah tidak lama lagi dan kita berharap agar Langkah ini akan memberi jawapan yang dinantikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi berhubung isu ini,” katanya.


Abidin yang juga Adun Paginatan berkata demikian semasa membuat gimik perasmian Pameran Gerai Hasil Pertanian & Ternakan Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau 2024 yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau pada hari Isnin.


“Tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan program yang begitu signifikan ini.

“Pameran hasil pertanian bersesuaian dan selaras dgn tema perayaan tahun ini iaitu ‘Kaamatan melangkaui keterjaminan makanan’,” kata beliau.

Menurut Abidin, dengan adanya pameran ini, ianya dapat menggalakan petani petani berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian lain untuk keperluan penduduk negeri Sabah.


Di samping itu, katanya, pameran itu juga memberi peluang kepada agensi dan jabatan kerajaan untuk mempamerkan teknologi terbaharu untuk meningkat hasil pengeluaran makanan.


Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat menyambut Tadau Tagayo do Kaamatan kepada semua penduduk di Sabah, khususnya di daerah ini.


Turut hadir dalam acara itu, Pegawai Daerah Ranau Tinus Manggam, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N38 Paginatan, Hisyamudin Harun dan lain-lain.


2 – Abidin (tengah) dan lain-lain menunjukkan tanda bagus terhadap acara yang dijalankan sempena sambutan Kaamatan 2024 itu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN