26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pulau Papan dan Rusukan Besar berpotensi  sebagai destinasi peranginan  terkemuka

GAMBAR:TINJAU…. Jalaludin (dua  dari kanan) bersama Bashir (dua kiri) dan Fadhilah (kanan sekali) ketika tiba di jeti PulauPapan untuk meninjau kemudahan yang terdapat di pulau itu.

LABUAN: Pulau Rusukan Besar dan Pulau Papan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Wilayah Persekutuan Labuan berpotensi dimajukan sebagai destinasi peranginan terkemuka kerana memiliki daya tarikan tersendiri.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata  Pulau Rusukan Besar  seluas dua hektar dan Pulau Papan yang berkeluasan lapan hektar itu perlu terlebih dahulu dinaik taraf dengan fasaliti yang boleh menarik minat pengunjung mahupun pelancong.

“Pulau Papan dan Pulau Rusukan Besar akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk diberi perhatian yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan ke dua dua pulau itu pada Ahad.

Beliau berkata Pulau Rusukan Besar yang kini sedang diusahakan oleh operator pelancongan swasta perlu dibantu Perbadanan Labuan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) supaya dapat menembusi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.

Dalam waktu yang sama pihaknya akan  mencari idea  dan memikirkan bagaimana Pulau Papan ini dapat diusahakan oleh operator swasta dengan kerjasama MOTAC dan Perbadanan Labuan.

 “Kita akan memikirkan bagaimana Pulau Papan ini dapat diusahakan oleh operator swasta dengan kerjasama MOTAC dan Perbadanan Labuan,” katanya.

Turut sama dalam tinjuan ke Pulau Papan dan Pulua Rusukan Besar itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Fadhilah Mahmod.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN