27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PPD Keningau terima sumbangan ADUN Bingkor

Roger (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Rizal.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kewangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Keningau.

Sumbangan kewangan ini digunakan untuk membiayai keperluan semasa menyertai pertandingan pengukuhan kurikulum pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam peringkat negeri Sabah 2022 di Sekolag Menengah Tun Juhar, Sandakan.

Dalam pertandingan tersebut Pejabat Pendidikan Daerah Keningau menghantar tujuh orang peserta dan empat orang guru pengiring yang akan mewakili Daerah Keningau.

Sumbangan disampaikan oleh kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Roger Joanes mewakili Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada Mej. Mohd Rizal Bin Zakaria.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor adalah Biro Sukan dan Rekreasi Kampung Kirokot Baru.

Sumbangan kewangan itu untuk membiayai penganjuran pertandingan bola sepak 9 sebelah itu disampaikan oleh Sonja Junaidi mewakili Datuk Robert kepada wakil pihak penganjur Safri George.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN