26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelantikan Bashir sebagai Pengerusi Penyelaras BN Labuan tepat- Khalid

KHALID… Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan


LABUAN: Keputusan UMNO Wilayah Persekutuan melantik Ketua UMNO Bahagian Labuan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan  (BN) Labuan merupakan suatu langkah yang sangat tepat.


Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Abd. Ghani berkata, berdasarkan pengaruh dan pengalaman yang dimilikinya sebagai Pengarah Jentera PRU ke 13 dan 14,  BN Labuan percaya beliau akan dapat memainkan peranan bukan sahaja  dalam mempertahankan kerusi BN pada PRU  15 tetapi juga akan mengembalikan  semula kekuatan  BN dan juga parti UMNO itu sendiri.


“Pelantikan Datuk Bashir adalah tepat sekali  berdasarkan komitmen serta kesungguhan dan kesetiaan  beliau terhadap  parti BN khususnya kepada parti UMNO memang   tidak dapat dinafikan.


“ Kami  diperingkat ahli  jawatakuasa  termasuk ahli-ahli parti dalam gabungan BN tetap akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi memastikan   calon BN pada PRU ke 15 sekali lagi akan memihak kepada BN” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan UMNO Cawangan Ganggarak dan Batu Manikar yang diadakan di Balai Raya Kampung Ganggarak pada Ahad.


Khalid yang juga Ketua Cawangan UMNO Ganggarak menzahirkan  keyakinan  Datuk  Bashir yang setia  dalam perjuangan dan telah berusaha membina semula kekuatan UMNO Labuan hasil daripada kerja berpasukan    yang telah ditunjukan oleh beliau  selama ini tidak ada sebab UMNO dan  BN Labuan  gagal untuk meneruskan kecemerlangan dalam memenangi PRU ke 15 nanti.


Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menerima surat watikah pelantikan sebagai Pengerusi Penyelaras  BN Labuan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Mesyuarat Perhubungan UMNO Wilayah   Persekutuan yang diadakan baru-baru ini di ibu negara. -JD




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN