LAWATAN… Elmer ( tiga dari kanan) semasa melakukan pemeriksaan tapak pakir dan aliran trafik di pekan Kundasang pada Jumaat.
KUNDASANG: Majlis Daerah Ranau (MDR) sedang menilai semula susun atur parkir dan aliran trafik di Pekan Kundasang bagi meningkatkan keselesaan penduduk serta kelancaran pergerakan pelancong di kawasan itu.
Pemeriksaan tapak yang dijalankan hari ini melibatkan Pegawai Eksekutif MDR, Elmer Endra M. Sator, Ahli Majlis MDR, wakil syarikat konsesi, serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Kundasang.

Elmer berkata pihaknya komited memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan mesra pengguna, seiring usaha memajukan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam pemeriksaan ini. Langkah penambahbaikan yang diambil diharap akan memberi manfaat kepada seluruh komuniti,” katanya dalam kenyataan.



