33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PAS sedia bertanding dalam PRN Sabah, kata pesuruhjaya negeri

Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminiddin Aling, berkata, parti itu mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi.

KOTA KINABALU: PAS Sabah hari ini mengumumkan parti itu bersedia untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Aminiddin Aling berkata, parti itu mengenal pasti beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi.

“PAS Sabah sudah memuktamadkan beberapa kerusi pilihan dan selebihnya diserahkan kepada PAS Pusat untuk berunding dengan rakan politik lain.

“Sebagai gambaran awal, PAS sentiasa menonjolkan calon yang penuh karisma dan berintegriti serta mampu menjalankan amanah kepimpinan secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Aminuddin berkata, parti itu akan mengambil pendekatan mesra dengan semua rakan politik, khususnya di Sabah dan perkara yang paling utama adalah mendapat kemenangan dalam PRN akan datang.

“Kami akan terus buktikan semangat setia kawan seperti yang dibuktikan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis sehingga berjaya mencapai kemenangan.

“PAS Sabah yakin seandainya semangat setia kawan ini diteruskan ia pasti akan membuahkan kemenangan yang sangat manis,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan minggu lepas bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 September ini. -FMT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN