28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PAS Labuan sokong calon Pengerusi Perbadanan Labuan yang penuh berintegriti


LABUAN: PAS Labuan  hanya akan menyokong penuh   calon Pengerusi Perbadanan Labuan dari kalangan warga tempatan yang penuh berintegriti dan boleh dipercayai.


PAS Labuan dalam satu kenyataan media di sini menjelaskan, setelah empat bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerajui negara, namun lantikan pengerusi Perbadanan Labuan (PL)  masih  belum dilaksanakan sepenuhnya.


“Bagaimanapun baru-baru ini  PAS Labuan telah mendapat makluman bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Labuan zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan dilantik semula setelah empat kali melompat dari satu parti ke parti yang lain hingga terkini ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM)” kata kenyataan itu.


Sehubungan dengan itu, PAS Labuan menentang  sekeras-kerasnya individu yang dilantik merupakan individu  lompat parti  dari satu parti ke parti lain kerana inginkan jawatan  dan kedudukan.


Perbuatan  sedemikian benar-benar melanggar konsep integriti yang diperjuangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut kenyataan itu lagi, PAS Labuan dengan tegas memohon agar kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan diserahkan kepada warga tempatan yang berintegriti dan ‘people preferred’.


“Ketegasan prinsip ini diambil kira demi kesejahteraan penduduk dan masa depan Labuan yang memerlukan komitmen dan ketelusan pemimpin” jelas kenyataan itu.
TAMAT


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN