ADVERTISEMENTspot_img

Parti USNO Kembali Dengan Wajah Baharu

Presiden Usno Ibrahim Linggam (dua kanan) mempengerusi mesyuarat penuh AMT Usno di ibu pejabat parti itu di Alamesra (kanan) Setiausaha Agung Usno Dr. Zakaria Illyas.

KOTA KINABALU : Menyepi seketika, Usno kini kembali dengan wajah baharu namun matlamat perjuangannya masih kekal.

“Ya kami (Usno) kembali,” Kata Presiden parti itu Ibrahim Linggam  dalam satu wawancara di ibu pejabat parti itu di Alammesra.

Usno dihidupkan semula pada 2013 selepas 23 tahun dibubarkan bagi memberi laluan kepada parti Umno untuk mengembangkan sayap ke Sabah pada tahun 1991.

Ibrahim berkongsi pandangan dengan Setiausaha Agung parti itu Dr. Mohd Zakaria Ilyas (kini Timbalan Presiden Usno) bahawa pembubaran Usno pada tahun 1991 sangat trajik dan merupakan pengorbanan rakyat Sabah yang sangat besar.

Katanya, pelbagai cabaran sepanjang tempoh menghidupkan parti itu yang melibatkan pertikaian kepimpinan sehingga tidak mengambil bahagian dalam beberapa pilihanraya sejak ia berjaya didaftarkan semula pada tahun 2013.

Untuk rekod, Usno diasaskan oleh Ketua Menteri Sabah yang Ketiga Tun Datu Mustapha bin Datu Harun  pada tahun 1961, dan berperanan penting bagi memerdekan Sabah daripada penjajahan British (Great Britain).

“Usno parti keramat bagi rakyat Sabah,” jelas Ibrahim dan memberitahu Usno kini mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan rakyat Sabah.

Tambahnya, sokongan kuat itu sebagai lampu hijau bahawa Usno kembali berkuasa di negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU-15).

“Saya optimis dengan kenyataan ini kerana ini lah aspirasi rakyat pada masa kini rakyat mahu sebuah parti yang bersih, tidak terlibat dengan isu-isu yang mencemaskan, menakutkan dan sebagainya,”

“Rakyat menolak parti yang sering dikaitkan dengan isu-isu Pendatang Tanpa Izin (PATI),” katanya.

Ibrahim berkata, kepimpinan Usno digarap berasaskan kombinasi kepakaran dikalangan tua dan muda yang melibatkan golongan professional, korporat, akademik, perundangan,  ahli perniagaan hatta petani dan peladang.

“Usno mengambil masa yang panjang untuk mengumpul semua mereka ini sebagai persediaan untuk mengambalikan maruah Sabah ke landasan yang diimpikan oleh rakyat Sabah.

Menjawab satu soalan, Ibrahim berkata Usno merupakan sebuah parti  berbilang bangsa dan tidak terikat dengan  mana-mana pengaruh politik yang lain sama ada kerajaan atau pembangkang yang lain.

“Usno bergerak secara bersendirian untuk menunaikan aspirasi rakyat Sabah yang inginkan sebuah parti tulin dan berjiwa rakyat,” tambahnya.

Mengenai persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU-15), Ibrahim berkata, Usno sedang giat bagi  memantapkan jentera disemua peringkat.

“Ya, Usno sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang pilihan raya,” katanya dan menambah, Usno kini mempunyai 20 bahagian yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jelasnya, pendaftaran bahagian parti itu di seluruh negeri sedang dilakukan dan dijangka selesai pada sebelum PRU-15.BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN