ADVERTISEMENTspot_img

Palm Beach Resort and Spa perkukuh kerjasama di sektor minyak dan gas.

Japar (tengah) dan Chai Tze Kee (lapan dari kanan) bersama staff ASB dan Palm Beach Resort bergambar kenangan selepas acara MoU selesai ditandatangani.

LABUAN: Palm Beach Resort & Spa Labuan Hotel dan Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB), sebuah syarikat milik kerajaan Sabah memeterai Memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik memperkukuh sokongan hospitaliti dan logistik untuk industri minyak dan gas (O&G) di Labuan.

MOU itu dimeterai wakil kedua-dua organisasi pada satu majlis di Palm Beach Resort & Spa di sini, pada Selasa.

Menurut kenyataan media Palm Beach Resort di sini, kerjasama itu bertujuan bagi memenuhi keperluan penginapan, logistik dan kebajikan kakitangan serta kru yang terlibat dalam operasi ASB dan industri O&G di Labuan, termasuk memudahkan pergerakan kru serta keperluan operasi.

Menerusi MoU itu, Palm Beach Resort & Spa akan menawarkan kadar penginapan korporat khas serta kemudahan terpilih kepada kakitangan dan kru ASB, termasuk aktiviti sukan air dan kemudahan rekreasi lain.

Kedua-dua pihak turut akan meneroka peluang mengadakan aktiviti promosi dan program penglibatan bersama.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif itu juga memperkukuh hubungan antara sektor hospitaliti Labuan dengan industri minyak dan gas (O&G) selain meningkatkan kecekapan dan nilai kepada syarikat serta kakitangan yang terlibat.

Hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Datuk Japar Estaban dan Pengarah Urusan Hotel Palm Beach Resort and Spa Chai Tze Kee.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN