30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MRC serah sumbangan  500 unit Essential Kits  kepada Hospital Labuan

Gambar:SIMBOLIK…. Nor Hizwan (7 dari kanan), Dr Adnan (8 dari kanan) Pooi Jun Jin ( 6 dari kiri) dan Raynie (5 dari kanan) pada majlis penyerahan Essential Kits  sumbangan MRC.

LABUAN: Majlis Getah Malaysia (MRC) menerusi program Lestari menyerahkan 500 unit Essential Kits bernilai RM25,000   untuk kegunaan para jururawat Hospital Labuan dan   10  Klinik Kesihatan  yang terdapat di pulau bebas cukai ini.

Majlis penyerahan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad kepada Pengarah Hospital  Labuan, Dr Adnan Musa Balidran di perkarangan hospital berkenaan pada Isnin.

Program yang dilaksanakan secara berkolaborasi dengan Junior Chamber Internatioanl (JCI) Labuan  turut disaksikan oleh  Ketua Penyelia Jururawat Hospital Labuan, Jaliha Daud,  Presiden JCI Labuan, Pooi Jun Jin dan Pengerusi PESOWNA Labuan, Raynie Datuk Mohd Din.

Sementara itu, Nor Hizwan  ketika ditemui pemberita berkata, MRC, sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, komited untuk bersama-sama   membantu  kakitangan hospital khususnya para  jururawat  yang juga merupakan barisan hadapan  dalam memerangi wabak COVID 19.

“Sebab kita tahu sepanjang tempoh pendamik COVID 19 dan   kini akan  memamasuki fasa Endamik, jururawat ini merupakan  ‘front liners’ yang telah berkorban banyak masa dan mempunyai risiko yang amat tinggi ketika berhadapan dengan pesakit COVID  19 dan sebagainya.

Beliau berkata Program Kelasterian MRC merupakan program yang dilaksanakan secara berterusan bagi membantu golongan ‘front liners’ termasuk jururawat  di seluruh negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN