28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAHU GANDINGAN PEMIMPIN YANG MANTAP DI DUN TULID

Faizil Petrus

SOOK: Pengerusi TMT FC Faizil Petrus dari Kampung Simpang Empat berkata Barisan Nasional perlu memberikan peluang kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk menerajui kesinambungan kepimpinan di kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru iaitu N. 44 Tulid. 

Katanya, sememangnya kawasan Tulid adalah sebahagian daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Sook sebelum persempadanan baru dilakukan. 

Menurut beliau, PBRS sudah melaksanakan banyak pembangunan di kawasan ini meliputi pelbagai aspek yang kini dinikmati oleh seluruh masyarakat Tulid. 

“Justeru itu katanya,  PBRS harus diberi peluang untuk meneruskan agenda pembangunan di bawah pimpinan Ahli Parlimen  Pensiangan Arthur Joseph Kurup yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). 

Sekiranya PBRS diberikan peluang untuk menerajui Dewan Undangan Negeri N44 Tulid, saya selaku wakil daripada belia kawasan Dun Tulid, memohon dan merayu kepada pucuk pimpinan PBRS agar memberikan peluang kepada Prof Madya Edwin Laimin untuk dicalonkan seterusnya menjadi wakil kepada parti dan masyarakat untuk bekerja bersama-sama dengan YB Ahli Parlimen Pensiangan bagi melaksanakan agenda pembangunan di kawasan ini

“Kami begitu yakin, dengan adanya gandingan pemimpin muda dari PBRS dan Barisan Nasional, mereka mampu menggerakkan medium pembangunan yang mampan dan teratur. 

“Kami mahu pemimpin yang mampu memberikan aspirasi serta hala tuju yang jelas mengenai soal pembangunan belia di kawasan ini” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesefahaman yang sangat ketara dan jelas di antara kedua pemimpin muda PBRS yang berlatarkan pendidikan yang baik dan tahap profesional yang tinggi, akan menjadi satu aspirasi kepada ramai belia di DUN Tulid dalam kemajuan pembangunan modal insan, kemahiran, pendidikan dan pembangunan ekonomi setempat. 

Katanya, sudah tentu gandingan di antara kedua pemimpin ini kelak akan terus merancakkan pelbagai aktiviti yang memberikan impak positif kepada semua masyarakat di DUN Tulid dan seterusnya peringkat negeri serta kebangsaan amnya. 

“Kami sokong  Arthur untuk mengekalkan kedudukan di kawasan  Pensiangan dan kami berharap agar Prof Madya Edwin Laimin diberikan peluang untuk berganding bahu melaksanakan agenda pembangunan di kawasan kami.  

Kami memohon agar pucuk pimpinan PBRS mendengar dan memberikan perhatian seterusnya mempertimbangkan permohonan kami demi kebaikan serta kemajuan banyak pihak termasuk masyarakat di DUN Tulud” kata Faizil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN