29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAHASISWA KURSUS PENGURUSAN MASJID DAN JENAZAH  YAKIN KARNIVAL KOKURIKULUM MEMBINA JATI DIRI

Oleh: Dr. Jurry Foo
Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (Rakan strategik Kolumnis BDB)

Mahasiswa Kursus Pengurusan Masjid dan Jenazah (EK00403) yakin karnival kokurikulum membina jati diri.Puan Noorisah Taljid yang merupakan jurulatih senior kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan di PKPP UMS itu berpendapat bahawa pewujudan Karnival Inovasi sebagai satu daripada komponen pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus kokurikulum berkredit adalah cetusan fenomena baharu yang menjadikan kursus yang dikendalikan beliau lebih berinovasi dan menarik.

Semangat keterujaan pelajar diterjemahkan melalui hasil pemikiran kreatif yang berpotensi untuk dikembangkan. Kaedah pembelajaran secara dalam talian bukan penghalang kepada pelajar untuk merekacipta sesuatu yang baharu atau menambah baik idea asal bahkan menjadikan mereka lebih berminat dalam kursus ini melalui hasil inovasi yang dapat memberikan impak dan manfaat berpanjangan. Budaya dan pemikiran inovasi melestarikan idea menjadi realiti dalam dimensi pembelajaran norma baharu.

Mahasisawa Rohadatul ‘Aisy Binti Salim berkata Karnival inovasi ini memberikan pengalaman mempelajari perkara baharu. ‘Saya menjadi yakin untuk tampil dalam menerangkan sesuatu produk yang telah dihasilkan sekali gus membina jati diri saya untuk lebih bersemangat dalam apa jua tindakan’- ujarnya.  Manakala mahasiswa Abdul Azim Bin Abdul Razak berpendapat  terdapat kekangan dan halangan dalam melaksanakan projek ini kerana sekarang ini pembelajaran diadakan secara dalam talian, namun perkara tersebut tidak menghalang dirinya dan rakan-rakan untuk terus memberikan idea dan menghasilkan rekacipta.

Semetara itu mahasiwa Norhasmawati Binti Sapaie berkata aktiviti rekacipta boleh mendekatkan mahasiswa dengan aspek kemasyarakatan. Beliau yakin program ini mampu membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara dengan yakin dan telus.

Setakat ini mahasiswa Kursus Pengurusan Masjid dan Jenazah daripada kampus induk dan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) telah mencadangkan lebih daripada lima belas dokumen ciptaan yang telah dibentangkan di peringkat kursus. Antaranya ialah penghasilan E-wallet, alat bantu mengaji, Tabung Pinball dan katil jenazah.

Jati diri atau identiti adalah ciri unik, istimewa dan tersendiri dalam membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang individu. Sejajar dengan Pendidikan masa kini yang menekankan Matlamat Hasil Pembelajaran (Outcome Based Learning -OBE), budaya inovasi adalah satu daripada pendekatan yang sesuai dalam mencungkil bakat dan potensi mahasiswa, di samping membina kemahiran interpersonal melalui kerja berpasukan dan rasa kepedulian terhadap keperluan semasa masyarakat. Dari aspek kepemimpinan, aktiviti ini sudah pasti akan memperkukuhkan sub kemahiran seorang pemimpin antara lainnya bertanggungjawab dalam memainkan peranan dan boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan mahupun bukan lisan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN