Robert (kanan) semasa menerima kunjungan PBS Bahagian Bingkor yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Peter Anahong (dua dari kanan).
KENINGAU: Kerjasama Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) amat penting bagi mempastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihanraya Negeri (PRN) akan datang.
Timbalan Presiden Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, GRS yang menggabungkan parti-parti tempatan yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu kekal berkuasa di negeri ini bagi kesinambungan pembangunan yang telah dirancang dalam pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).
Katanya, kerjasama STARSABAH dan PBS yang sudah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut yang akan bersama-sama dengan parti-parti komponen dalam GRS sudah sudah pasti dapat memperkukuhkan kekuatan GRS menghadapi parti-parti lawan pada PRN akan datang.
Robert yang juga Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor dan ADUN Bingkor berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Parti Bersatu Sabah ( PBS) Bahagian N.40 Bingkor yang di diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian PBS N.40 Bingkor Encik Victor Anahong.
Turut serta dalam kunjungan itu, Bendahari Bahagian Encik Gery Lim dan Ketua Penerangan Bahagian Encik James Kini.
Pembantu Menteri Kerja Raya itu mengalu-alukan kunjungan tersebut yang mana kunjungan pemimpin PBS Bahagian Bingkor.
Menurut Robert, kunjungan itu amat bermakna sekali dalam memperkukuhkan hubungan yang kedua-dua parti itu khususnya di bahagian ini.