26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kampung Sungai Bedaun sertai Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid19

SIMBOLIK….Bashir melekatkan stiker Kempen Komuniti Hijau COVID 19 Kampung Sungai Bedaun #jagakeluarga, #prihatinkomunti dan # PatuhiSOP di kenderaan Jabatan Penerangan sambil diperhatikan Supian (dua kanan), Rosmani (dua kiri) dan Omar  (kiri sekali)

LABUAN: Kampung Sungai Bedauan adalah antara tiga kampung di pulau ini yang menyertai Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid 19 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Dua lagi kampung yang menyertai pertandingan itu ialah Kampung Bebuloh dan Kampung Bukit Kuda.

Sementara itu, Ahli Dewan Negera Senator Datuk Bashir Alias telah  melancarkan pertandingan tersebut bagi Kampung Sungai Bedaun yang diadakan Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun  sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan pengisian beberapa aktiviti mengikut  prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Antara pengisian yang dijalankan sempena pertandingan itu ialah penyembelihan haiwan korban yang membabitkan tiga ekor lembu, penyerahan bakul makanan dan pelitup muka kepada 12 penerima yang bertugas di pusat penyembelihan   kawasan lapang Dewan Komuniti Bedaun, pemasangan stiker Komuniti Hijau Covid 19 dikenderaan terpilih.

Turut diadakan konvoi kenderaan dari Dewan Komuniti ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Perumahan Mutiara Taman Bedaun bagi menyerahkan bakul makanan dan pelitup muka kepada 11 penerima  golongan sasar  terpilih dan pertandingan kuiz secara maya yang membabitkan kategori kanak-kanak dan dewasa.

Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Puteh berkata, pertandingan tersebut talah dianjurkan oleh  Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang antara lain bertujuan  menggalakkan komuniti untuk membudayakan norma baharu  dalam memerangi pendemik  COVID 19.

BAKUL MAKANAN… 11 penerima bakul makanan dari Taman Perumahan Mutiara  bersama Bashir (kanan sekali)

Sementara itu, Bashir  mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK)  yang sedia menyahut  seruan kerajaan untuk menyertai pertandingan Komuniti Hijau Covid 19 yang banyak memberi manfaat kepada penduduk kampung khususnya dalam membantu rakyat yang terkesan dengan pendemik COVID 19.

Katanya, Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 anjuran KPLB itu bukan sahaja menggalakkan komuniti untuk membudayakan norma baharu, tetapi juga memperkasakan peranan komuniti bersama-sama pihak kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 dan seterusnya memastikan warga komuniti bebas daripada jangkitan.

“Seperti yang kita tahu Labuan sebelum ini adalah salah satu kawasan yang paling teruk terjejas  dan terkesan apabila jumlah kes positif COVID 19 naik mendadak hampir 10,000 kes yang dijangkiti, manakala jumlah kematian juga meningkat kepada tiga angka menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan  Pergerakan DiPerketatkan  (PKPD) Bersasar selama dua minggu  yang membabitkan lapan lokaliti.

Dalam waktu yang sama beliau juga menyeru warga Labuan yang belum membuat suntikan vaksinasi COVID 19 agar terus mengambil vaksin tersebut  di beberapa buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi mengekang jangkitan  COVID 19 sekaligus membantu sasaran 80 peratus imuniti kolompok menjelang hujung bulan ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa dan  Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk  Subzon 3, Omar Masir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN