27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KAMI MAHU PROF MADYA EDWIN LAIMIN DICALONKAN DI DUN 44 TULID

Dairis Lakang

SOOK, KENINGAU : Mantan Ketua Kampung Sinaron, En Dairis Lakang berkata, sudah tiba masanya wakil rakyat di kawasan kami diwakili oleh anak jati tempatan di kawasan N44 Tulid kerana lebih memahami aspirasi dan keperluan penduduk setempat. Kami berharap agar Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) akan dipilih oleh pucuk pimpinan pusat untuk menerajui kawasan baru N44 Tulid dan seterusnya memilih calon yang berpotensi dari PBRS.

Prof Madya Edwin Laimin berasal dari Kampung Sinua yang berada di dalam Dun 44 Tulid ini mempunyai potensi besar untuk menang memandangkan beliau merupakan Presiden Persatuan Suku Dusun Tompizos Minokok Sabah.

Sebahagian besar pengundi di Dun 44 adalah dalam kalangan ahli persatuan dan pastinya beliau mempunyai sokongan yang kuat daripada ahli-ahli persatuan dan masyarakat di Dun 44 Tulid sendiri.

Selain mempunyai latar pendidikan yang baik, beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan mampu mempimpin masyarakat Dun 44 Tulid ke arah pencapaian dari aspek pendidikan, kemahiran dan ekonomi. Kami mahu pemimpin yang memahami aspirasi kami, kami mahu pemimpin yang mudah mesra dan senang dibawa untuk berbincang dalam apa juga bentuk permasalahan atau kesukaran penduduk di masa akan datang.

Kami berharap pucuk pimpinan PBRS iaitu YBhg Tan Sri Datuk Sri Penglima Joseph Kurup boleh melihat dan mendengar cadangan dari kami, pengundi-pengundi di N44 Tulid agar memberikan laluan kepada calon pilihan kami untuk bertanding di kawasan baru Dun 44 Tulid.

Melalui pencalonan Prof Madya Edwin Laimin, akan memberikan laluan mudah kepada PBRS untuk menang di kawasan ini dan akan mengukuhkan kedudukan PBRS serta YB Arthur di kawasan P182 Pensiangan akan datang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN