28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Covid-19: Labuan kembali jadi zon merah

Foto: Bernama

LABUAN – Labuan merekodkan 159 kes Covid-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster Jalan Jati dicetuskan oleh sekumpulan pelanggan premis makanan dan minuman (F&B) di Jalan Jati di pusat bandar, yang dahulunya sebuah premis hiburan sebelum dijadikan bistro.

“Kluster tersebut muncul pada 21 November dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya pada Jumaat.

Dr Ismuni berkata, kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut. –Sinar Harian

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN