Cebisan tubuh manusia ditemui di lokasi nahas SJ182

Antara keluarga penumpang pesawat Sriwijaya Air, SJ182

JAKARTA – Kapal peronda Kementerian Perhubungan Indonesia menemui beberapa cebisan tubuh manusia di lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air, SJ182 di Kepulauan Seribu pada Sabtu.

Kapten Eko berkata, mereka membuat rondaan itu selepas menerima aduan daripada nelayan yang terdengar bunyi letupan seperti guruh yang kuat.

“Hasil pemeriksaan kami, ia seperti cebisan daging manusia,” lapor TV One memetik kenyataannya.

Selain itu, mereka juga menjumpai sisa tumpahan bahan bakar di kawasan perairan itu yang mempunyai kedalaman 15 hingga 16 meter.

Terdahulu, pesawat membawa 62 penumpang termasuk tiga bayi dan 12 kru dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan lalu lintas selepas ia mencapai ketinggian 3,350 meter sebelum ia menjunam dan kemudiannya ‘hilang’.

Data FlightRadar24 mendapati keadaan itu dikatakan berlaku dalam tempoh kurang 60 saat dan kira-kira empat minit sejurus pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di ibu negara. – Agensi