28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Tungou FC seri 7-7 dengan Lagkau FC

Pasukan Tungou Fc ( mencangkung) dan Langkau Fc merakam gambar kenangan selepas perlawanan.

RANAU: Pasukan Tungou  FC dan Lagkau FC sama-sama handal apabila berkesudahan seri 7-7 pada perlawanan Bolasepak Silaturrahim di padang SK.Tungou petang tadi.

Pengurus Pasukan Tungou FC Johari Rusli  dengan Jurulatihnya, Hamiri Agustine dan Pengurus Pasukan yang juga Pengerusi JPKK Kg.Lagkau, Saifuddin Supin dan Ketua Pasukan Lagkau FC, Arshad Sahjinan bersama Jurulatihnya, Asilin Hasiman berpuashati dengan prestasi para pemain pasukan masing-masing yang mempamerkan rentak dan kualiti permainan  terbaik walaupun perlawanan itu hanya bertaraf persahabatan.

“Walaupun perlawanan itu hanya sebagai persahabatan namun  punyai peranan  meningkatkan silaturrahim dan semangat kesukanan para pemain amat dibanggakan”, jelas Johari sependapat dengan Arshad yang mewakili pasukan Lagkau FC

Tujuh gol Tungou FC dihasilkan menerusi Zulkaizan Japrin, Saaidi Sahibin, Jastie Muhinin, Rody Sahibin (2 gol) dan Jardin Juslin (2 gol).

Manakala Lagkau FC juga meraih 7 gol menerusi Mohd.Arifuddin, Azhar Nawawi, Asilin Hasiman (2 gol) dan Zahim Mirza (3 gol).

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN