25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

ASRI DIPILIH SEMULA YDP PIBG BUAT PENGGAL KE-5

AMANAT… Asri menyampaikan ucapannya di majlis tersebut. Foto: AJM

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
& A.JALIL MADARIN

PITAS : Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan Encik Asri Tatoh sekali lagi diberi mandat oleh ibu bapa menyandang jawatan tersebut bagi penggal ke lima.

Dalam ucapan selepas dipilih semula Asri berjanji akan memikul tanggungjawab yang diamanah terhadapnya sebaik mungkin.

Asri yang mula menyandang jawatan itu sejak tahun 2018 sehingga kehari ini bersama ibu bapa dan guru berkerja keras meningkatkan prestasi melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan demi mengharumkan nama sekolah ini dari pelbagai sudut.

Katanya, kemenjadian atau tahap pencapaian akademik yang diperolehi oleh para pelajar dari tahap tiga hingga ke tahap enam penguasaan yang diperolehi baru 75.9 peratus, dan jika melihat kedudukan sekolah luar bandar pencapaian ini memanglah baik namun kita perlu tingkatkan pencapaian tersebut sehingga ke aras 90 peratus.

“Pencapaian ini tidak akan diperolehi sekiranya pembelajaran anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada guru di sekolah sebaliknya ibu bapa mesti memainkan peranan penting menjadi guru pertama di rumah,” tambahnya

Berucap di Majlis Mesyuarat Agung Tahunan 2025/2026 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pinggan-Pinggan baru-baru ini Asri menambah, pencapaian pelajar sekolah ini dibidang sukan amat membanggakan sehingga ada yang sampai ke peringkat antarabangsa dan ini juga merupakan contoh bagi pelajar yang lain agar pencapaian akademik dan Ko kurikulum seiring melonjak dan meningkatkan prestasi masing-masing demi mengharumkan nama diri, ibu bapa, nama sekolah dan daerah setanding dengan daerah yang sudah maju dalam kedua-dua bidang tersebut.

Dalam pada itu tambahnya lagi, SK Pinggan-Pinggan dalam rangka meningkatkan dwi bahasa setiap kelas dan memerlukan skrin TV bagi meningkatkan sistem pembelajaran digital agar para pelajar boleh menguasai mata pelajaran tersebut dengan baik.

ALBUM KENANGAN .. Asri (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama Harun, Rohana warga pendidik yang lain dan ahli PIBG yang hadir di majlis itu.

Untuk meningkatkan prestasi dan kualiti pelajar kata Asri PIBG telah merancang untuk mengadakan kelas tambahan tusyen bahasa inggeris setiap hari Khamis setiap minggu dan PIBG memberi insiatif sebanyak RM500 sebulan untuk biaya menyusun atur perancangan tersebut.

“Sasaran pelajar juga perlu ditambah kerana jumlah pelajar yang mengikuti tusyen ketika ini amat terhad dan PIGB berhasrat untuk menambah dana dari RM500 ke RM1,000 setiap bulan dan kita telah berbincang dengan Guru Besar dan guru-guru lain untuk mendapatkan beberapa orang guru sukarela mengajar dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Sehubungan itu, dengan adanya keberhasilan dari kelas tambahan ini tambah Asri adalah diharapkan pelajar dari sekolah ini yang bakal memasuki Sekolah Menengah dimana sahaja yang mereka duduki nanti mereka tidak lagi risau sebab sudah diasaskan terlebih awal dari sekolah ini dan perlu diingat bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara yang wajib dikuasai oleh semua pelajar.
.
Berhubung dengan penambahan ilmu Asri menambah, pada tahun ini juga PIBG SK Pinggan-Pinggan akan membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Ranca-Ranca Wilayah Persekutuan Labuan dan sekembalinya kita dari Labuan kita singgah di Sekolah Kebangsaan Menumbok untuk mempelajari apa yang perlu untuk mereka ambil dari kedua-dua sekolah yang dilawati itu sebagai penambahbaikan di sekolah kita SK Pinggan-Pinggan.

Sementara itu mengulas ucapan Guru Besar SK Pinggan-Pinggan Cikgu Rohana Aling baru-baru ini Asri berkata tahun depan sekolah ini yang dihuni seramai 600 orang pelajar akan ditambah dua buah kelas lagi menjadi 22 buah kelas satu daripadanya dimanafaatkan untuk Kelas Pusat Pendidikan Khas kerana di kawasan ini juga terdapat murid memegang kad OKU.

Mesyuarat agung tahunan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil dan Gas Delevopment Corporation Sdn Bhd merangkap Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) dan Timbalan Ketua Bahagian PGRS Bahagian Pitas, Datuk Haji Harun Haji Ismail.
Hadir sama di majlis itu, Guru Besar SK Pinggan-Pinggan Cikgu Rohana Aling serta seluruh warga pendidik dan 162 orang ibu bapa yang hadir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN