SIMBOLIK…. Rozman (tiga kiri) mewakili Antara Steel menyerahkan sumbangan kepada Rithuan sambil disaksikan oleh Bashir (empat dari kiri), Anthony (dua kiri), Ghani (kanan sekali) dan Johathan (dua kanan)
LABUAN: Syarikat Antara Steel Mills Sdn. Bhd. Wilayah Persekutuan Labuan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengulurkan sumbangan 300 bakul makanan bernilai RM15,000 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan.
Majlis penyerahan bantuan bakul makanan tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli kepada Pengerusi JPBD Labuan, Rithuan Ismail di Pusat penyimpanan makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, pagi tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Pengurus Besar Syarikat Antara Steel Mills Sdn. Bhd, Anthony Pang, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Ghani Yunus dan Pengurus Bahagian Perkapalan Antara Steel Mills Sdn. Bhd, Jonathan Tan.
Menurut Anthony, sumbangan tersebut sebagai menyahut seruan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang menyarankan agar syarikat swasta dan sektor korporat yang berkemampuan sama sama membantu masyarakat Labuan yang terkesan dengan pendamik COVID 19.
Beliau berkata, menyedari impak COVID 19 yang memberi kesan kepada masyarakat, syarikat kami telah mengambil inisiatif untuk membantu menghulurkan sumbangan yang diperlukan sekaligus menyahut dan menyokong seruan Datuk Rozman Isli.
“Kami berharap sumbangan ini akan dapat memberi sedikit kelegaan kepada masyarakat yang terkesan dengan pendamik COVID 19” katanya.
Anthony berkata, syarikatnya akan terus bekerjasama dengan JPBD serta bersedia untuk mnemberikan bantuan dan sumbangan bakul makanan yang diperlukan pada bila bila masa.