Supt. Mohd Wan Firdaus Wan Zaki
LABUAN: Polis di sini sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes penipuan tawaran projek pembekalan generator set yang tidak wujud melalui panggilan telefon, melibatkan kerugian sebanyak RM12,400.
Ketua Polis Daersh Waliyah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Wan Firdaus Wan Zaki berkata, dalam kes itu seorang individu mengalami kerugian RM12, 400 selepas diperdaya dengan tawaran projek untuk membekalkan generetor set yang tidak wujud daripada seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Bekalan Air Labuan (JBA).
Katanya,bagi meyakinkan mangsa, suspek turut mengemukakan surat pesanan tempatan (LPO) dan memberikan maklumat sebuah syarikat bagi urusan pembelian.
“Mangsa kemudiannya membuat transaksi ke akaun bank yang diberikan suspek sebelum menyedari telah ditipu selepas mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Bekalan Air Labuan bahawa tiada sebarang tender atau projek pembekalan generator set berkenaan”, katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Sambil menjelaskan Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membuat pengesahan dengan pihak berkaitan sebelum membuat sebarang transaksi kewangan dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran projek yang meragukan.



