ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan terima Anugerah Pengiktirafan Pihak Berkuasa Tempatan (PBAT) Cemerlang, Penarafan Bintang Audit Kesihatan

Kumpulan Perbadanan Labuan bersama Rithuan (tiga dari kiri) ketika menerima anugerah tersebut daripada Datuk Aiman Athirah.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) berjaya merangkul Anugerah Pengiktirafan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang, Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) sempena Majlis Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan 2026 yang diadalan di Pulau Pinang, baru baru ini.

Selain Perbadanan Labuan, tujuh lagi PBT yang lain menerima anugerah tersebut masing masing Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Pengerang, Majlis Perbandaran Kota Semarahan, Majlis Daerah Yan, Majlis Daerah Pendang dan Majlis Daerah Machang.

Sementara itu majlis penyampaian Anugerah berprestij itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail menerima anugerah itu bagi pihak PBT Wilayah Persekutuan Labuan.

Ptgram bertemakan “Sinergi MADANI, PBT Lestari, Persekitaran Harmoni” disertai 156 PBT dari seluruh negara sebagai usaha memperkukuh kerjasama dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat, selamat dan lestari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN