ADVERTISEMENTspot_img

Pelayaran pertama feri penumpang Express Kinabalu laluan Labuan -Kota Kinabalu-Labuan berjalan lancar.

Noor Halim (kanan sekali) bersama Arzali (dua kanan) dan Azhar (dua kiri) bermesra bersama penumpang feri Express Kinabalu sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.

LABUAN: Pelayaran hari pertama perkhidmatan feri penumpang Express Kinabalu dari Labuan ke Kota Kinabalu yang bermula hari ini berjalan dengan lancar.

Perkhidmatan feri Express Kinabalu dengan membawa penumpang seramai 60 orang berlepas kira kira jam 10.30 pagi dari jeti Terminal Feri Antarabangsa Labuan (FTAL).

Pelayaran pertama selepas perkhidmatan itu terhenti akibat pendemik COVID 19 dua tahun lalu turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Arzali Ardy, Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini dan Pengerusi LDA Holding Sdn. Bhd. Azhar Othman.

Dalam pada itu, semua penpang yang menaiki feri berkenaan turut mendapat mendapat cenderahati dan godies (makanan ringan) sumbangan dari LDA Holding Sdn. Bhd.

Perkhidmatan feri Ekpress Kota Kinabalu merupakan inisiatif LDA Holding Sdn. Bhd dan mendapat sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Kerajaan Negeri Sabah.

Noor Halim berkata LDA Holding selaku pengendali pengoperasian perkhidmatan feri Express Kinabalu bersama syarikat Double Power membuka lembaran baharu bagi meningkatkan pengangkutan awam melalui jalan, laut yang sekaligus diharap dapat meningkatkan ekonomi kedua dua wilayah.

“Kami berharap dengan kembalinya perkhidmatan ini akan dapat mengembalikan kegemilangan sebelum pendemik COVID 19 dengan jumlah ketibaan pelancong mencapai 120,000 orang setahun untuk kedua dua arah.” katanya ketika ditemui media pada majlis itu.

Beliau turut menjelaskan bermula esok perkhidmatan feri berkenaan akan memulakan pelayaran dari Kota Kinabalu ke Labuan tepat jam 8 pagi di Jeti Jesselton Point dan pelayaran seterusnya dari Labuan ke Kota Kinabalu pada jam 1 petang.

“Pengguna yang ingin mengunakan perkhidmatan feri express Kinabalu boleh membeli tiket secara online dengan melayari labuanpay.my atau di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan kaunter pembelian tiket di Jesselton Point.
Namun kita menggalakkan orang ramai supaya membeli tiket dengan lebih mudah melalui online”, katanya.

Feri Express Kinabalu yang boleh membawa penumpang sehingga 212 orang tiba dengan selamat di Jeti Kota Kinabalu tepat jam 1.30 petang,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN