SIMBOLIK…. Bashir mencium sebilah keris sebagai simbolik kebangkitan semula UMNO pada sesi terakhir Persidangan UMNO Cawangan Bahagian Labuan di Kampung Patua-Patau, petang kelmarin.
LABUAN: Kesemua 30 cawangan Umno Bahagian Labuan selesai mengadakan mesyuarat perwakilan selepas menyaksikan tujuh cawangan terakhir berjaya melaksanakan mesyuarat secara berkelompok di balai raya Kampung Patau-Patau, petang kelmarin.
Tujuh cawangan yang terlibat dalam persidangan terakhir dan ‘penutup tirai’ Persidangan Cawangan UMNO Labuan empat peringkat Tahun 2020 itu ialah, Patau-Patau Satu, Patau-Patau Dua, Rancha-Rancha Darat, Rancha-Rancha Laut, Gersik, Saguking dan Ramsey.
Persidangan yang berjalan lancar dan penuh simbolik kebangkitan parti keramat orang Melayu itu telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.
Terdahulu, Bashir ketika berucap pada persidangan itu memberi peringatan kepada semua ahli parti terbesar di pulau itu agar meneruskan semangat kesetian kepada parti serta fokus kepada kemenangan calon BN pada PRU ke 15 nanti.

DIAPIT….Khalid (kiri sekali) bersama Sahri (kanan sekali) mengapit tujuh ketua cawangan UMNO yang bersidang kelmarin
Beliau yang juga Ahli Dewan Negara turut memberi keyakinan kepada ahli UMNO Labuan, bahawa calon daripada parti UMNO sekali lagi akan mewakili calon Barisan Nasional dalam PRU ke 15.
“Jaminan ini selaras dengan kenyataan Prseiden parti UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimana UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenani oleh parti itu dalam pilihan raya lalu” katanya.
Justeru itu katanya, UMNO Bahagian Labuan perlu bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan calon BN pada PRU ke 15 menang dangan mendapat majoriti lebih besar.
Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Khalid Abd. Ghani, Naib Ketua Bahagian, Sahri Tarji, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Datuk Abdul Rahman Lamudin, Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Abd. Manan, Ketua Wanita, Niswati Tarji, Ketua Pemuda Musa Basman dan Ketua Putri, Jura’adhiyah Dr. Harun.
Turut hadir, Ketua MCA Bahagian Labuan, Datuk Chin HonVui.