27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

201 peserta sertai  Pertandingan Seni Kreatif sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Labuan

SUSI RAMILYANA  yang dinobat johan Busana Tradisional menerima hadiah daripada Dr Fary.

LABUAN: Seramai 201 peserta telah menyertai Pertandingan Seni Kreatif sempena Bulan Kemerdekaan 2021 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Pertandingan yang telah diadakan pada 21 Ogos hingga 16 September yang baru lalu melibatkan sebanyak  tiga kategori  iaitu Pertandingan e-Sport (PUBG Mobile), Pertandingan Tarian Challenge Tertutup dan Pertandingan Busana Tradisional.

Pertandingan yang dijalankan atas talian dikelolakan oleh Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan dengan  menawarkan hadiah keseluruhan RM8,000.

Majlis Penyampaian hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman di Tingkat 8, Bilik Harmoni Menara Perbadanan Labuan, pada Khamis.

Sementara itu, Susi Ramilyana Maiden yang mengenakan Busana Iban Batang Ai dinobat sebagai johan Pertandingan Busana Tradisioanal, naib johan dan tempat ketiga  dimenangi oleh Suzzireen Helly Guan Poh yang mengenakan Busana Murut (Pinongkolo) dan  Busana Dusun Kota Belud (Sinipak).

Dalam pada itu, Nuraziema Anis yang berpasangan dengan Nurulsafinah Robert mengungguli pertandingan Tarian Challenge Tertutup.

Naib johan dimenangi oleh  pasangan Hebbry Donny yang berpasangan dengan Melissa Laura Libur dan tempat ketiga jatuh kepada pasangan Mohd Faizal dan Nurul Azrin.

Bagi Pertandingan e-Sport (PUBG Mobile) johan disandang oleh kumpulan Ignite Flame, naib johan dimenangi oleh kumpulan Epic Vengeance Victoria dan tempat ketiga kumpulan YGG Execute.

Terdahulu Dr Fary ketika berucap pada majlis itu berkata pertandingan  yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan  secara maya bertujuan untuk menampilkan bakat-bakat anak tempatan selain bertujuan untuk mengurangkan tekanan berkuarantin di rumah  atau  mematuhi arahan  tidak merentas  sempadan sepanjang tempoh pendamik COVID 19.

“Pertandingan ini juga  turut menzahirkan semangat perpaduan yang kukuh oleh pelbagai kaum yang ada di pulau bebas cukai yang menjadi cerminan Keluarga Malaysia” katanya.

Jelasnya lagi, selain itu beberapa program lain  turut diadakan bagi mengisi Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan secara hybrid bermula dengan Kempen Jalur Gemilang, Bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Merdeka Flag Run.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN