24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Zon Maritim Labuan tahan kapal ‘Landing Craft’ berlabuh tanpa kebenaran

DITAHAN…… kapal jenis Landing Craft Tanker bersama lapan anak kapalnya  di bawa ke jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan menahan sebuah kapal jenis ‘Landing Craf tanker’ kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Labuan, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata, kapal berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika tenggara Jeti Minyak Shell Labuan.

“Kapal berkenaan telah dikesan dan diperiksa oleh  bot peronda Zon Maritim Labuan yang sedang dalam penugasan bersepadu Ops Sejehtera/Ops Kuda Laut/Ops Benting Timur” katanya, dalam, satu kenyataan di sini, pagi ini.

Jelasnya,  hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal yang berdaftar di Indonesia itu telah berlabuh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Seramai lapan anak kapal turut ditahan dan di bawa ke jeti  Zon Maritim Labuan untuk tujuan  dokumentasi dan siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Maritim  Malaysia mengingatkan kepada nahkoda, ejen serta pemilik kapal untuk mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah diwartakan bagi mengelakkan dari berlaku sebarang musibah atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang pencabulan undang-undang” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN