ROZMAM ( tengah), Noor Halim (lima dari kanan), Azhar (lima dari kiri bersama Pelumba basikal Victorian Cycloholic yang di taja oleh YPL dan LDA Holding Sdn.Bhd untuk menyertai LTTT 3.0
LABUAN:Buat julung kalinya, Yayasan Pembangunan Labuan (YPL ) dengan kerjasama LDA Holding menaja dua buah pasukan lumba basikal Victorian Cycloholic untuk menyertai Cabaran Labuan Team Time Trail (LTTT) 3.0 yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini, LDA Holding yang juga operator Terminal Feri Antarabangsa Labuan (TFAL) yakin pasukan Victorian Cycloholic yang di barisi pelumba basikal tempatan berpotensi untuk menduduki 10 tangga teratas berdasarkan pengalaman mereka ketika menyertai beberapa kejohanan yang diadakan di luar Labuan.
“Mereka mempunyai pengalaman dari kejohanan LTTT yang diadakan sebelum ini termasuk menyertai TSS, LC, Miri Century Ride, KKCR dan RB Open 2023 Tawau Race” katanya pada majlis menyerahkan barangan tajaan oleh Pengasas Yayasan Pembangunan Labuan, Datuk Rozman Isli di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, pagi Sabtu.
Hadir sama, pada majlis itu, Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding Sdn.Bhd. Azhar Othman.
Noor Halim berkata, pasukan Victorian Cycloholic akan menyertai dua kategori iaitu kategori RB Open dan RB Mixed Open.
Bagi Kategori RB Open pasukan Victorian Cycloholic akan dibarisi Roslizan Yahya, Mohd Ridzuan Shahlan, Raimi Ramlee dan Junaid Ayob.
Manakala bagi kategori RB Mixed Open akan diwakili Amirul Nazren Abd Karim, Mohd Nazri Sabtu, Ewa Erdianna dan Zulkiffle Mohd Kasim.
“ Sebagai penaja bersama YPL dan LDA Holding mengharap aktiviti sukan berbasikal Labuan akan diminati, malah menjadi salah satu sukan yang berpotensi untuk menaikkan nama Labuan di peringkat yang lebih tinggi” katanya.
Perlumbaan LTTT 30.0 sejauh 42km dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama MAKSAK dan Kelab Road Cyclist akan disertai 80 pasukan yang melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak dan Semananjung Malaysia.