ADVERTISEMENTspot_img

JIM Labuan tahan 10 warga Filipina dalam Op Mahir dan Op Kutip

Sebahagian warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam operasi tersebut.

LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan 10 warga Filipina termasuk empat kanak kanak dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di empat lokasi di sekitat pulau ini, pada Khamis.

Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata, kesemua mereka terdiri daripada empat lelaki, dua wanita dan empat kanak-kanak.

Beliau berkata, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jelas beliau, operasi tersebut dijalankan susulan risikan serta maklumat yang diterima pihaknya.

“Susulan risikan itu, pasukan penguat kuasa telah melaksanakan operasi (Op Mahir dan Op Kutip) di empat lokasi membabitkan premis limbungan kapal, tapak binaan serta mengempur dua lagi kawasan penempatan warga asing di sekitar Labuan”, katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Mohd Redzuan berkata, seramai 54 individu terdiri daripada warga asing dan tempatan diperiksa dalam operasi lebih 5 jam itu.

Kesemua mereka yang ditahan telah ditempatkan di tahanan IPD dan Depot Imigresen untuk siasatan.

Selain itu dua notis saman turut dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan bagi membantu siasatan.

Mohd Redzuan berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Katanya tidakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN