ADVERTISEMENTspot_img

Premis Perniagaan dambil tindakan gara- gara RM0.30 sen

Pegawai Penguatkuasa KPDN ketika membuat pemeriksaan di premis perniagaan tersebut

LABUAN: Gara-gara perbezaan harga RM0. 30 sen sebuah premis perniagaan di bandar ini telah dikenakan tindakan oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, pada Jumaat.

Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati berlaku perbezaan antara harga yang dipamerkan pada rak jualan dengan harga yang dikenakan semasa pembayaran.

Beliau berkata, tindakan itu diambil ketika sepasukan pegawai penguatkuasa KPDN Labuan melakukan pemeriksaan yang mendapati produk coklat dipamerkan dengan tanda harga RM3.00. Namun, semasa urusan pembayaran coklat yang sama telah diimbas dan dikenakan harga RM3.30, iaitu 30 sen lebih tinggi daripada harga yang dipamerkan”, katanya.

“Perbezaan harga tersebut telah memberikan gambaran yang mengelirukan kepada pengguna mengenai harga sebenar sesuatu barang, khususnya apabila pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan harga yang dipamerkan di rak jualan.

‘ Sehubungan itu, pihak premis disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah Perenggan 12(1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] kerana memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai harga sesuatu barang bagi tujuan perdagangan” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Junaidah menegaskan KPDN Labuan memandang serius isu percanggahan harga seperti ini kerana harga yang dipamerkan merupakan antara maklumat utama yang menjadi rujukan pengguna sebelum membuat keputusan pembelian.

Dalam pada itu, peniaga mempunyai tanggungjawab memastikan harga pada rak, label atau tanda harga adalah tepat dan selaras dengan harga yang dikenakan melalui sistem pembayaran di kaunter.

Junaidah mengingatkan semua peniaga supaya membuat semakan secara berkala terhadap tanda harga dan sistem Point of Sale (POS), terutama apabila berlaku perubahan harga, bagi mengelakkan pengguna dikenakan harga yang berbeza daripada harga yang dipamerkan.

Pengguna pula disaran supaya menyemak harga pada rak dan resit selepas membuat pembayaran serta menyimpan resit sebagai bukti sekiranya terdapat percanggahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN