26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 13, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wiramuda STAR sokong anak jati Sabah diberi peluang dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah.

Gambar: Kong Soon Choi

RANAU: Pergerakan Exco Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (StarSabah) menyokong agar seorang anak jati Sabah diberi peluang mengetuai Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di negeri ini bagi menggantikan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah yang bakal bersara bulan ini.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, peluang kepada anak kelahiran negeri Sabah perlu diberi perhatian sewajarnya bagi menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita tiada maksud tersirat memberi cadangan kepada kerajaan untuk menilai Pegawai Kanan kelahiran negeri Sabah mengetuai Pasukan Polis Di Raja Malaysia di Sabah. Jika itu dilakukan, maka rakyat Sabah bertambah yakin dengan semangat menghormati Perjanjian Malaysia 1963”. Katanya.

Namun demikian jelasnya, perkara itu biarlah diputuskan oleh kementerian berkenaan atas penialian sewajarnya kepimpinan tertinggi PDRM dan pihaknya sentiasa terbuka menghormati apa juga keputusan yang dibuat.

Katanya, kawasan georgafi negeri Sabah yang kedua terbesar selepas Sarawak turut memerlukan seorang Pesuruhjaya Polis yang mahir dan mampu memahami budaya kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan agama di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen Pesuruhjaya Polis Sabah ketika ini dimana beliau telah membuktikan tugas dengan cemerlang dalam mempastikan ketenteraman awam seluruh negeri Sabah sentiasa terjamin sepanjang perkhidmatannya.

“Saya amat bangga dengan gerak kerja polis Sabah yang sentiasa komited dengan penugasan menjaga keselamatan negeri dan rakyat Sabah. Semua ini hasil pemantauan dari seorang Pesuruhjaya Polis yang sentiasa peka dengan kakitangan bawahannya”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum itu, pada Sabtu lepas, Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd. Zaki Harry Susanto dalam satu kenyataan turut menyatakan pandangan agar anak jati negeri Sabah wajar dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah.

Jelasnya Mohd. Zaki, Pegawai Kanan Polis dari kalangan anak Sabah lebih memahami situasi, trend jenayah dan isu di negeri asal mereka berbanding yang berasal dari negeri lain selain dapat memperkasakan Semangat Perjanjian Malaysia 1963.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN