Malai Ali (tengah) bersama pimpinan Masjid Sultan Muhammad V
LABUAN: Lebih 500 umat Islam menghadiri Ceramah Perdana sempena ambang Sambutan Maulidur Rasul 1448H peringkat Masjid Sultan Muhammad V yang diadakan di masjid berkenaan pada Ahad.
Ceramah bertemakan โTeladani Akhlak Rasulullah SAW itu di sampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.
Program anjuran Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad V itu bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan terhadap perjuangan dan keperibadian Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan perpaduan umat dikalangan penduduk setempat.

Sebahagian Umat Islam yang hadir pada Ceramah Perdana tersebut
Majlis bermula dengan solst Maghrib berjemaah dikuti Ceramah Perdana dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah serta jamuan ringan.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan, Dr Muhamad Hapizi Sulaiman, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Ustaz Mohd. Rafie Zakaria, Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Haziq Abang Sapri, Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP, Ustaz Abdul Fattah Abd. Aziz dan Pengerusi Masjid Sultan Muhammad V, Amat Maidin.
Turut hadir beberapa Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, pelajar Kompleks Darul Kifayah MAIWP serta pelajar Kolej Vokasional Labuan.



