ADVERTISEMENTspot_img

𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐮𝐭.

Penguatkuasa KPDN Labuan ketika membuat pemantauan di kawasan perairan Labuan

LABUAN:Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dsn Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan terus memperkukuh kesiapsiagaan penguatkuasaan bersepadu menerusi penugasan dua pasukan pemeriksaan secara serentak, melibatkan pasukan darat dan perairan bagi pemantauan aktiviti bunkering menerusi Ops Tiris 4.0.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata, penugasan dua pasukan ini memberi tumpuan kepada pemantauan dan pemeriksaan terhadap rantaian bekalan barangan kawalan di sekitar Labuan, termasuk aktiviti bunkering yang melibatkan penggunaan serta pengendalian barangan kawalan di kawasan perairan.

“Pasukan di daratan menjalankan pemeriksaan terhadap premis perniagaan, kenderaan dan lokasi yang berkaitan bagi memastikan aktiviti penyimpanan, pembelian, penjualan dan penggunaan barangan kawalan mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.

Dalam masa yang sama, pasukan di perairan melaksanakan pemantauan terhadap aktiviti bunkering dan pergerakan berkaitan bagi memastikan urusan bekalan barangan kawalan yang melibatkan sektor maritim di sekitar Labuan tidak disalahgunakan atau diselewengkan”, katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Junaidah berkata, pendekatan penguatkuasaan merangkumi daratan dan perairan ini mencerminkan komitmen KPDN WP Labuan untuk memastikan pemantauan dilaksanakan secara menyeluruh, selaras dengan kedudukan Labuan sebagai kawasan yang mempunyai aktiviti perdagangan dan maritim yang aktif.

Jelasnya lagi, selain pemeriksaan berkaitan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), pasukan penguat kuasa turut melaksanakan pemantauan terhadap pematuhan undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk aspek harga, bekalan dan urus niaga barangan kawalan serta perkara-perkara lain yang berkaitan kepentingan pengguna.

Beliau berkata, KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus mempergiatkan operasi bersepadu, pemeriksaan bersasar dan pemantauan di lokasi-lokasi strategik di seluruh Labuan bagi memastikan barangan kawalan berada dalam rantaian bekalan yang terkawal serta memelihara kepentingan pengguna dan komuniti setempat,

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN