Wahid (duduk dua kiri) bersama rombongan Ahli-Ahli PMBS yang mengunjungi Rumah Kediaman Encik Ali Hassan Sarujin dalam Program Ziarah Kasih oleh PMBS Kuala Penyu.
KUALA PENYU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS ) Cawangan daerah Kuala Penyu telah membuat kunjungan Ziarah Kasih ke tiga buah rumah penduduk di Kg.Palu-Palu dan juga di Kg.Binturu dekat sini pada Sabtu .
Rombongan ahli-ahli PMBS itu diketuai oleh Pengerusinya Encik Abd Wahid Matussin.
Abdul Wahid semasa kunjungan itu berkata Program Ziarah Kasih yang dibuat itu adalah bertujuan untuk membantu penduduk dari segi bantuan berupa kewangan yang telah menghidap sakit selepas dirawat di hospital.
Beliau memberitahu,dengan sedikit bantuan yang dihulurkan itu dapatlah juga meringankan beban penduduk yang ditimpa musibah dan sukar untuk mencari rezeki.
Menurut Abd. Wahid, Program Ziarah Kasih yang dianjurkan oleh PMBS cawangan Kuala Penyu itu juga adalah sebahagian dari Program yang telah pun diatur PMBS Kuala Penyu untuk membantu para penduduk kampung yg kurang bernasib baik.
Rombongan dari Persatuan PMBS tersebut telah membuat kunjungan ke rumah Encik Damit Karim, Encik Ghaffar Hj.Arshad dan Encik Ali Hassan Sarujin.
Beliau berkata kegiatan amal dan kebajikan ini akan diteruskan dari masa ke sama.



