ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki ditemui mati di bilik sewa di pusat bandar Labuan.

Mayat mangsa yang dikeluarkan dari bilik sewa oleh pihak bomba untuk diserahkan kepada Polis.

LABUAN: Bau busuk di sebuah bilik sewa bangunan komersial Lazenda Centre di pusat bandar di sini sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayat lelaki ditemui di sebuah bilik di bangunan itu petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Wan Firdaus Wan Zaki ketika dihubungi disini mengesahkan kes tersebut yang ketika ini di klasikan sebagsi kes mati mengejut.

Mohd Wan Firdaus berkata, pihaknya telah menerima laporan kira kira jam 5.04 petang oleh pemilik bilik sewa berkenaan selepas dimaklumkan terdapat bau busuk yang amat kuat dari sebuah bilik sewa yang berkunci dari dalam.

Beliau berkata, pihak Bomba yang turut berada di lokasi kejadian telah membantu memecahkan pintu bilik berkenaan.

“Selepas berjaya memecahkan kunci pintu berkenaan ditemukan mayat seorang lelaki yang sudah berulat dan berbau busuk terlentang diatas tilam” katanya.

Pihak Bomba dan Penyelamat telah berjaya membawa turun mayat berkenan untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Labuan bagi tujuan ‘post mortem’ dan siasatan lajut pihak polis.

Menurut Wan Mohd Firdaus, hasil siasatan awal mangsa berbangsa cina dan alamat terakhir mangsa Kampung Sabanoil Papar Sabah.

Sementara itu katanya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang membuat pemeriksaan disekitar bilik berkenaan tidak menemui sebarang elemen jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

“Barang milik peribadi simati juga ada bersama sebelah simati dan keadaan bilik teratur.

Turut menjumpai (3) papan ubat yang juga dipercayai milik si mati (ubat tahan sakit/sakit saraf)” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN