JET STEM….Antara kreativiti murid SK.Pekan Dua Ranau yang dipamerkan sempena program itu.
RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menyarankan kepada warga pendidik supaya memperkenalkan pendidikan berasaskan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk menyokong hasrat kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap konsep sistem yang berasaskan STEM dengan mentegrasikannya dan mengaplikasinya dalam bentuk dunia luar.
Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau berkata, guru-guru merupakan tunggak utama mendidik, membentuk dan memberi ilmu pengetahuan secukupnya kepada anak-anak didik agar menjadi anggota masyarakat yang berguna pada masa hadapan.
“Kita memahami tugas guru bukanlah suatu yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen serta kesabaran yang tinggi bagi melahirkan generasi berkualiti tinggi”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap melancarkan Program Karnival STEM Sepadu 2022 peringkat SK.Pekan Dua Ranau pada Jumaat.
Datuk Jonathan, memuji dan menghargai kesungguhan, keikhlas dan komitmen guru-guru dalam usaha memertabatkan institusi pendidikan di negara ini meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Saya mengharapkan agar program STEM di sekolah ini dapat dilaksanakan dan dicontohi oleh sekolah lain.
“Saya juga mengharapkan agar murid-murid dapat memperoleh pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu menerusi program STEM ini untuk diaplikasi hingga ke institusi pendidikan tinggi (Universiti)”, tegas Jonathan sambil mengumumkan
peruntukan berjumlah RM10 ribu untuk membina Pondok STEM SK.Pekan Dua.
Berucap sama mewakili guru-guru dan ibu bapa ialah, Guru Besar SK.Pekan Dua, Cikgu Ridiah Binti Sailun manakala hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Ranau, DSP.Simiun Bin Kebajikan Lomudin, Pegawai Jabatan Kebajikan Ranau Abd.Himad Bin Abduk Hamid, Hussen Bin Haji Jirat(Setiausaha Sulit Kanan Datuk Jonathan), para Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Pegawai Pemantau Projek pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman, Setiusaha Pejabat Khidmat Rakyat Ranau, Attin Bin Naisin, guru-guru Penolong Kanan SK.Pekan Dua, para ibu bapa bersama ratuan murid SK.Pekan Dua Ranau yang terlibat secara langung menyediakan 10 Sudut Pameran STEM sempena program itu sehingga 30 September ini.