ADVERTISEMENTspot_img

Lebih 300 atlet wakili Zon 4 Sukan Kerajaan Tempatan di Sandakan

BERSEMANGAT…Atlet Papar merakam kenangan bersama Nor Isham selepas penyampaian amanat di Dewan Masyarakat Papar.


PAPAR: Lebih 300 atlet akan mewakili Zon 4 dalam Sukan Kerajaan Tempatan di Sandakan bermula 7 hingga 13 November ini.

Zon 4 meliputi Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Kuala Penyu dan Majlis Daerah Sipitang.

Mereka akan mengambil bahagian semua sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Boling, Pickleball, Dart, E- Sport, Futsal Lelaki dan Wanita, Karom, Sepak Takraw, Snooker dan Tarik Tali.

Sementara itu Atlet Majlis Daerah Papar yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Kerajaan Tempatan Sabah diingatkan supaya bersaing dengan penuh disiplin dan semangat kesukanan.

Pegawai Eksekutif MDPr, Nor Isham berkata mereka juga perlu bersaing dengan penuh dedikasi untuk mencapai kejayaan.

Berucap pada Majlis Pertemuan dan Amanat kepada atlet MDPr di Dewan Masyarakat di sini beliau berkata disiplin tinggi bukan saja membolehkan pasukan mereka dihormati oleh lawan tetapi juga dapat mengeratkan silatulrahim antara semua atlet yang mengambil bahagian.

Beliau berharap kontinjen Majlis Daerah Papar akan mencapai kecemerlangan dalam Sukan Kerajaan Tempatan Sabah kali ini.

Nor Isham yakin atlet MDPr akan dapat menyumbang pingat untuk Zon 4 berikutan latihan awal dibuat sebagai persediaan menghadapi sukan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN