ADVERTISEMENTspot_img

PMBS Kota Klias Juara Pertandingan Gandang Kontemporari 2026

JUARA ..Pasukan Nasa Generation ketika membuat aksi pada malam itu.

BEAUFORT: Kumpulan Nasa Generation yang mewakili Persatuan Masyarakat Brunei (PMBS) Cawangan Kota Klias muncul juara Pertandingan Bagandang Kategori Moden Kontemporari sempena Festival Bagandang Beaufort 2026.

Kumpulan anak muda dari Kota Klias ini menewaskan enam kumpulan lain dalam pertandingan yang diadakan di Dataran Bagandang di sini pada malam 29 Oktober lalu.

Kejuaraan ini membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,300 dan sijil.

Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Alun Tradisional dari Rancangan Klias. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 dan sijil.

Kumpulan PS One dari Beaufort pula menduduki tangga ketiga dan berjaya meraih wang tunai
RM1,000 dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Festival Bagandang Beaufort 2026, Encik Nazri Ajun.

Sementara itu PMBS Kota Klias juga telah djemput pada Malam Kebudayaan pada 30 Okt dengan mempersembahkan tarian kebudayaan dan gandang masyarakat Brunei.

TAHNIAH…Pg Hj Jaafar menerima sijil penghargaan bagi pihak PMBS yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun.

Turut hadir pada malam kebudayaan ini, Naib Presiden 1 PMBS, Haji Pengiran Jaafar Hj Pg Osman.

PMBS Kota Klias juga turut memeriahkan pada hari terakhir Pesta Bagandang ini dengan
mengadakan Pameran dan Kuiz Bahasa Brunei.

Selain PMBS Kota Klias pameran turut disertai oleh PMBS Cawangan Weston, Beaufort dan Menumbok.

Majlis penutupan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Musa Haji Aman yang turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS yang juga Ketua Cawangan PMBS, Beaufort, Haji Ahmad Yakob.

Pengerusi PMBS Kota Klias, Zaidi Haji Omar berkata beliau berpuas hati dengan persembahan yang dibuat oleh ahli-ahli cawangan itu sehingga mencapai kejayaan.

Zaidi juga merakamkan penghargaan kepada dua pemimpin pusat yang hadir pada pesta itu dan cawangan yang menyertai pameran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN