ADVERTISEMENTspot_img

Labuan Youth Dansa wakili Labuan ke World Dance Festival 2026

Nazera dan Dafi (tengah) bersama penari Labuan Youth Dansa sebelum berlepas ke Ibu negara kelmarin.

LABUAN: Kumpulan tarian Labuan Youth Dansa yang ditubuhkan oleh Majlis Belia Labuan (MBL) bukan sahaja mewakili Labuan tetapi juga mengangkat nama Malaysia dipersada antarabangsa menerusi penyertaan pertandingan seni tari World Dance Festival (WDF) 2026.

Pertandingan yang akan berlansung dua hari bermula Sabtu ini di Midland Convention Center, Shah Alam itu menghimpunkan kumpulan tarian dari pelbagai negara.

Presiden Majlis Belia Labuan, Nazera Roslan berkata, penyertaan sulung itu merupakan peluang untuk memperkenalkan identiti budaya Labuan serta mengetengahkan bakat seni generasi muda di pentas antarabangsa.

Menurutnya, Labuan Youth Dansa bakal mempersembahkan tarian tradisional Brunei yang diberikan sentuhan koreografi moden bagi mengekalkan keunikan warisan budaya tempatan.

Sementara itu, koreografer kumpulan berkenaan, Dafi Chua berkata, persembahan itu menggabungkan keaslian gerak tari tradisional dengan elemen etnik kontemporari tanpa menghilangkan identiti asal tarian.

Seramai 13 anggota delegasi, termasuk sembilan penari, berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi menyertai pertandingan berkenaan.

Penyertaan itu diharap dapat memartabatkan warisan budaya Labuan, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN