ADVERTISEMENTspot_img

VICTOR SANJOS DIJANGKA GANTI JAUTEH SEBAGAI PESURUHJAYA POLIS SABAH

Victor Sanjos

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos dijangka dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu, menggantikan Datuk Jauteh Dikun yang bakal menamatkan perkhidmatan menerusi persaraan wajib.

Difahamkan, pemilihan Victor mendapat pertimbangan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdasarkan prestasi serta kekananan beliau sepanjang berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

Majlis serah terima tugas antara kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan dijangka berlangsung pada 10 November ini.

Jauteh dijadual menamatkan kerjaya kepolisan secara rasmi pada 11 November ini selepas lebih 32 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pasukan sebelum diberikan kepercayaan menerajui Kontinjen Sabah sebagai Pesuruhjaya Polis.

Pelantikan Victor, sekiranya dimuktamadkan, bakal menyaksikan kesinambungan kepimpinan tertinggi PDRM di Sabah dalam memperkukuh aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN