30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga PDRM Ranau diingatkan tingkat kecemerlangan diri dan pasukan- DSP Sammy

“Sebagai warga PDRM, kita harus menyelami kehendak dan penghargaan masyarakat terhadap pasukan Sang Saka Biru,”

-DSP SAMMY NEWTON-

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Ranau diingatkan agar  mempertingkatkan kecemerlangan jati diri serta pasukan demi kepentingan masyarakat dan negara.

Seluruh warga pasukan, diajak memulakan tahun baharu 2020 dengan azam memahat nekad dan tekad, disertai nawaitu yang ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

AMANAT….DSP Sammy ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PDRM Ranau.

Nasihat dan saranan itu dizahirkan Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan dan Lafaz Ikrar Dadah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di sini pada Jumaat.

Beliau juga menyeru seluruh warga polis di daerah ini untuk menzahirkan semangat Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada supaya ia bukan sekadar ungkapan retorik semata-mata.

SENTIASA SIAP SIAGA….Sebahagian pasukan Sang Saka Biru IPD Ranau.

“Sebagai warga PDRM, kita harus menyelami kehendak dan penghargaan masyarakat terhadap pasukan Sang Saka Biru,” katanya.

DSP Sammy turut mengingatkan pegawai dan anggota yang telah diberikan amanah dalam menguatkuasakan undang-undang agar tidak terlibat dengan kegiatan yang boleh memudaratkan diri sendiri sekaligus mencemarkan imej pasukan PDRM.

ANGGOTA dan Pegawai Awam IPD Ranau

“Saya ingatkan warga IPD Ranau agar tidak terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah dan mereka yang terlibat tidak layak untuk berada dalam pasukan.

“Tiada kompromi dalam soal dadah, oleh itu saya minta kepada semua ketua bahagian dan penyelia agar dapat memantau anggota bawahan,” tegasnya.

SIJIL PENGHARGAAN…Salah seorang anggota menerima sijil penghargaan disampaikan DSP Sammy

Selain itu, Beliau dengan tegas mengingatkan pegawai dan anggotanya menghindari perkara-perkara terkutuk seperti penyalahgunaan kuasa, terlibat rasuah  dan melanggar disiplin serta etika sebagai penjawat awam.

Pada perhimpunan itu, DSP Sammy turut memberikan sijil penghargaan kepada seramai 15 penerima terdiri 13 anggota PDRM dan dua pegawai awam yang telah menunjukan prestasi cemerlang. –TAMAT

KENANGAN…DSP Sammy bergambar bersama para penerima sijil penghargaan
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN